Thursday, 8 September 2011

10 MAGIS CINTA

 ak jmpe bnde neyh dkt dlm majalah REMAJA . so , klo korang nk tau , bce la ye ?

1.Cinta mampu mengubah hidup seseorang dengan sekelip mata,antaranya yang kaya menjadi miskin dan yang miskin menjadi kaya.
2.Hanya dengan cinta sesorang yang tidak pernah senyum,pemarah dan panas baran boleh mengukir senyuman setiap saat.
3.Cinta boleh menjadikan satu saat itu begitu membahagiakan tetapi cinta juga sebenarnye boleh menjadikan satu saat itu begitu menyakitkan
4.Apabila berbicara soal cinta tiada siapa pun yang mampu untuk menjelaskan bagaimana rasanya sebuah cinta.
5.Kuatnya cinta ada kalanya boleh meruntuhkan gunung yang gah,bukit yang tinggi dan  laut yang luas.
6.Cinta tidak akan indah jika pasangan tidak mampu menjadi sahabat bagi pasangan.kekasih terbaik adalah sahabat yang terbaik.
7.Saat mencintai seseorang,jangan pernah berharap si dia akan mencintai kamu seperti kamu mencintainya.ini kerana salah seorang di antara kamu pasti akan memberikan lebih dan seorang lagi kurang.
8.Cinta bukanlah sekadar perasaan sayang-menyayangi semata-mata tetapi apa yang penting,harus juga ada keikhlasan kerana perasaan sayang-menyayangi itu boleh datang dan pergi begitu saja.
9.Sebuah cinta sejati mampu mendengarkan apa yang tidak dikatakan dan mengerti apa yang tidak dijelaskan.ini kerana cinta tidak datang dari mulut dan lidah ataupun fikiran seseorang,tetapi cinta lahir dari hati yang paling dalam.
10.Bila tiba saat kamu mencintai seseorang, kamu harus mempersiapkan diri untuk menerima penderitaan.bukan namanya cinta andai ia hanya membahagiakan